• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Digesa Pulang Meriahkan Hari Sukan Negara

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu semua atlet negara yang menyertai Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 baru-baru ini, pulang ke negeri masing-masing bagi memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Okt ini.

“Semua negeri dan daerah akan mengadakan aktiviti dan saya telah mengarahkan semua atlet yang telibat dalam Kuala Lumpur 2017 (KL2017) baru-baru ini untuk pulang ke negeri masing-masing memeriahkan sambutan peringkat negeri.

“Majlis perasmian kebangsaan akan diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 11 pagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya selepas menghadiri Jalan Riang Ria Batik 2017 di Balai Seni Visual Negara di sini, hari ini.

Antara aktiviti pada hari perasmian itu ialah larian, kayuhan basikal, bola jaring, futsal, sukan tradisi dan beberapa aktiviti kecergasan.

Sambutan Hari Sukan Negara diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober, satu inisiatif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Mengenai isu doping pada KL2017 baru-baru ini, Khairy dengan tegas mahu kesemua atlet tidak terlibat dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang yang ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

“Jangan ambil doping, berapa banyak program lagi yang kita nak buat? Kita buat program setiap masa dan kami akan meneruskan program itu (kesedaran mengenai doping),” katanya.

Dunia sukan tanah air dikejutkan dengan seorang atlet penerjun yang juga pemenang pingat emas KL2017, gagal ujian doping setelah sampel urinnya dikesan mengandungi dadah jenis sibutramine yang lazim ditemui dalam produk pelangsingan badan, sama seperti yang diambil oleh atlet wushu, Tai Cheau Xuen semasa Sukan Asia 2014 bagi menurunkan berat badan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang Datuk Leela Mohd Ali berkata program Jalan Riang Ria Batik 2017 sejauh 3.8 kilometer itu mendapat sambutan di luar jangkaan tahun ini dengan penyertaan paling ramai sepanjang 15 tahun penganjurannya.

“Tahun lepas penyertaan adalah 2,800, tahun ini kita tidak sangka penyertaan sehingga 3,200 orang. Sebahagian peserta tahun ini mendaftar secara ‘walk-in’,” katanya mengenai program anjuran bersama Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) serta Kementerian Belia dan Sukan bagi mempromosi batik melalui sukan.

Leela berkata kutipan daripada yuran penyertaan akan disumbangkan kepada Penyayang Pesakit Kanser melalui khidmat sokongan kepada pesakit kanser di Institut Kanser Negara dan Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: atletHari Sukan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

08/10/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) dalam usaha mewujudkan...

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd