Sample Page Title

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) dalam usaha mewujudkan hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara secara komprehensif bagi tempoh 10 tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, VSN2030 berperanan memberikan nafas baharu kepada arena sukan negara dengan konsep ‘Daripada Komuniti Kepada Komuniti’ melibatkan seluruh Keluarga Malaysia.

“Ia juga bagi meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan yang ampuh dalam masyarakat serta melahirkan jaguh-jaguh berkelas dunia sekali gua menjadi dokumen rasmi kerajaan dalam pembangunan sukan tanah air.

“Pada masa sama, VSN2030 juga merupakan sebuah dokumen dasar berkonsepkan pendemokrasian sukan dengan keterbukaan untuk menerima pandangan dan suara semua pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2022 di sini tadi.

Ismail Sabri berkata, dokumen VSN2030 juga sentiasa diteliti setiap masa bagi memastikan ia kekal relevan dalam memacu industri sukan Malaysia sehingga tahun 2030.

“Di samping itu, saya juga meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha meningkatkan pembudayaan dan pencapaian sukan melalui beberapa usaha termasuk pemberian biasiswa kepada atlet cemerlang.


“Tawaran biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran ditawarkan kepada atlet cemerlang yang berjaya memenangi pingat bermula Sukan Malaysia hingga kejohanan antarabangsa diiktiraf kerajaan,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, usaha itu turut meliputi pertimbangan melantik bekas atlet berkemahiran sebagai jurulatih pendidikan jasmani menerusi inisiatif pencarian bakat sukan program My Talent Identification (MyTID).

“Selain itu, ia turut melibatkan semakan dan pewartaan semula Jadual Pertama di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana jenis sukan tersenarai akan ditingkatkan termasuk sukan elektronik.

“Fasiliti sukan juga akan dinaik taraf bagi meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan,” ujarnya.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...