• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli PAS Mohon Sertai UMNO, Dakwa PAS Semakin Celaru

oleh AK-47
06/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Lima puluh bekas anggota PAS dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong hari ini membuat permohonan menyertai UMNO selepas mendakwa PAS kian bercelaru dan lari daripada landasan perjuangan terutama selepas pemergian bekas Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua kumpulan berkenaan, Mat Zahid Junoh, 55, berkata kecewa melihat keadaan PAS, mereka kini memilih menyertai UMNO yang diyakini mampu membawa perjuangan agama, bangsa dan agama.

“Sejak Tok Guru (Allahyarham Nik Abdul Aziz) meninggal dunia, PAS jadi bercelaru, lari daripada perjuangan asal. Pimpinan sekarang berbeza dengan pimpinan terdahulu.

“PAS dan pembangkang lebih suka salahkan orang lain terutama kerajaan pusat dan tak nampak kesalahan dan kelemahan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai UMNO bersempena Jamuan Rakyat di Kampung Paloh, Tendong di sini, hari ini.

Borang permohonan itu diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Senator Datuk Hanafi Mamat.

Mat Zahid berkata keputusan menyertai UMNO itu atas kerelaan sendiri dan malahan yakin lebih ramai kalangan anggota PAS akan memberikan sokongan kepada UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata angin perubahan mula berlaku terutama di DUN Tendong yang merupakan antara kubu kuat PAS di Kelantan.

“Kita harap perubahan lebih besar akan berlaku selepas ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) datang bukan untuk bermusuh, malah kita berharap kita dapat bersatu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

“BN akan sentiasa membela kepentingan rakyat dengan pelbagai bantuan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd