• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Cemerlang Skuad Tenpin Boling Remaja Di Manila

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Malaysia memulakan aksi dengan cemerlang apabila meraih satu pingat emas dan satu perak pada hari pertama Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-19 di Manila, Filipina hari ini.

Tun Ameerul Luqman Al-Hakim menyumbangkan pingat emas kepada Malaysia selepas memenangi acara perseorangan lelaki dengan mencatat 214-247-268-223-190-228 untuk melakukan keseluruhan 1,370 jatuhan pin, demikian menurut laman web Persekutuan Boling Asia (ABF), www.abf-online.org.

Atlet Jepun, Takumi Hagasaki dan Ahmed Al Awadhi dari Bahrain, memenangi pingat perak dan gangsa, selepas masing-masing melakukan 1,298 dan 1,287 jatuhan pin.

Dalam pada itu, Nur Amirah Auni Azman menghadiahkan pingat perak buat Malaysia selepas mencatat 1,321 jatuhan pin dalam acara perseorangan wanita, dan beliau hanya ketinggalan sembilan pin berbanding juara kategori berkenaan, Kim Ye Sol dari Korea Selatan.

Pemenang pingat gangsa Masters Sekolah-sekolah Asia 2015, Shion Izumune dari Jepun, meraih pingat gangsa selepas mengumpul 1,299 jatuhan pin, manakala seorang lagi atlet Malaysia, Nora Lyana Natasia yang merupakan juara bertahan, sekadar di tempat kesembilan daripada 34 peserta, dengan 1,201 jatuhan pin.

Dua lagi pingat emas menjadi rebutan, esok – acara beregu lelaki dan wanita pada kejohanan dwitahunan itu yang menarik penyertaan peserta dari 15 negara. – BERNAMA

Tags: tenpin boling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skuad Berpasukan Wanita Pertahan Emas Tenpin Boling

24/08/2017
0

PETALING JAYA - Persembahan konsisten pemain boling negara memberi tuah kepada Malaysia apabila menjuarai pingat emas acara berpasukan wanita pada...

Siti Safiyah Mahu Malaysia Dominasi Emas Berpasukan

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Atlet tenpin boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berazam mahu pastikan Malaysia terus mendominasi acara berpasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd