• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Safiyah Mahu Malaysia Dominasi Emas Berpasukan

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet tenpin boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berazam mahu pastikan Malaysia terus mendominasi acara berpasukan wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

Siti Safiyah yang mewakili negara dalam tiga edisi Sukan SEA sebelum ini membantu pasukan meraih pingat emas bermula di Manila, Filipina pada 2005; Nakhon Ratchasima, Thailand (2007) dan Singapura (2015).

Katanya peluang untuk menyertai pasukan tenpin boling bagaimanapun belum dimuktamadkan dan berharap diberi peluang sekali lagi beraksi di laman sendiri.

“Dalam tiga penyertaan Sukan SEA sebelum ini, saya dan rakan-rakan berhasil mengekalkan pingat emas dalam acara berpasukan. Atlet wanita yang ada ketika ini semuanya berbakat.

“Saya difahamkan pemilihan berdasarkan prestasi semasa, saya yakin dengan prestasi saya sepanjang tahun ini dan kemungkinan peluang itu ada. Saya berharap ada peluang menyertai skuad negara pada Sukan SEA tahun depan,” katanya kepada pemberita pada sidang media bersempena Himpunan atlet Kita Juara Fasa II di Hotel Renaissance sini.

Hotel berkenaan bakal menjadi penginapan rasmi kontinjen Malaysia semasa Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

Sementara itu jurulatih tenpin boling, Gerald Samuel berkata bagi pemilihan atlet Fasa II setakat ini, atlet yang terpilih adalah 10 wanita dan lapan lelaki tetapi hanya enam atlet wanita dan enam atlet lelaki yang disenaraikan untuk mewakili negara berdasarkan prestasi semasa.

“Setiap atlet mempunyai peluang, prestasi mereka juga sama hebat buat masa ini. Mereka mempunyai beberapa kejohanan sebelum kita muktamadkan senarai atlet.

“Kita mahu atlet yang bertanding nanti tidak mengalami kecederaan dan prestasi yang konsisten,” kata Gerald. – BERNAMA

Tags: Siti Safiyah Amirahtenpin boling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Cemerlang Skuad Tenpin Boling Remaja Di Manila

24/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Skuad Malaysia memulakan aksi dengan cemerlang apabila meraih satu pingat emas dan satu perak pada hari pertama...

Skuad Berpasukan Wanita Pertahan Emas Tenpin Boling

24/08/2017
0

PETALING JAYA - Persembahan konsisten pemain boling negara memberi tuah kepada Malaysia apabila menjuarai pingat emas acara berpasukan wanita pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd