• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Abang Hilux’ Sila Tampil Serah Diri

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lagak seorang lelaki bertindak ala gengster jalanan akhirnya undang padah apabila dia kini diburu polis selepas pukul seorang pekerja penghantaran makanan bermotosikal.

Dalam kejadian di Bandar Utama di sini petang Rabu lalu, mangsa berusia 27 tahun itu cedera di mata selepas dipercayai ditumbuk suspek beberapa kali gara-gara halang laluannya ketika jalan sesak disebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC melalui jalan itu dan kemudian berhenti akibat jalan sesak disebabkan satu nahas.

Katanya lagi, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda model Toyota Hilux kemudian membunyikan hon kepada mangsa kerana didakwa menghalang laluan pergerakannya.

“Pemandu Toyota Hilux berkenaan kemudian turun dari kenderaan dan memaki hamun mangsa dan menendang motosikal mangsa.

“Dia kemudian terus menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian muka, kejadian dileraikan oleh anggota polis bantuan yang berada di tempat kejadian.

“Selepas itu, pemandu terbabit beredar meninggalkan lokasi kejadian,” katanya sebagai dipetik portal BH Online.

Justeri, pihak polis kini sedang mengesan suspek dan memangil saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 323/427 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd