• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Bunuh Adik Berebut Harta, Dihukum Mati

oleh AK-47
08/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian harta, seorang lelaki tergamak menetak adik kandungnya dengan parang sebanyak 33 kali sehingga maut dan perbuatannya itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah.

M. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa di sini, kira-kira 5.30 petang, pada 5 Mei 2015 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematiannya adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka tetak berganda.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata setelah meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak dan keterangan dalam perbicaraan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

“Dalam pembelaannya, tertuduh telah menuduh saksi ke-10 pendakwaan iaitu isteri mangsa V.Malliga, yang telah membunuh mangsa. Setelah mempertimbangkan semua aspek dalam keterangan saksi-saksi, mahkamah dapati keterangan pembelaan tertuduh juga bersifat afterthought (difikirkan semula) serta tidak wajar diterima oleh mahkamah.

“Sehubungan itu hanya satu hukuman sahaja diperuntukkan di bawah seksyen ini (302 Kanun Keseksaan) iaitu tertuduh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam S. Ravichandran turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini iaitu cuba membunuh Malliga, 41, dengan menikamnya menggunakan sebilah parang, antara 5.30 petang hingga 5.45 petang, di tempat dan tarikh sama.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding mahkamah berakhir, Malliga berkata keadilan akhirnya ditegakkan selepas lebih dua tahun mengikuti perbicaraan kes pembunuhan suaminya.

“Saya tidak sangka dia (tertuduh) tergamak membunuh adik sendiri hanya disebabkan masalah harta. Orang yang buat salah mesti kena gantung,” katanya dalam tangisan. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jurulatih Beregu Lelaki Negara Akan Dimuktamad

Next Post

Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac Depan

Related Posts

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

27/09/2024
0

NEW DELHI - Polis di negeri Uttar Pradesh, utara India menahan lima orang, termasuk tiga guru, selepas seorang murid sekolah...

Next Post

Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd