• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Tahan 28 Lelaki Dalam Operasi Di Sandakan

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 28 lelaki yang disyaki penagih dadah dalam Ops Perdana di sekitar daerah ini dan Kinabatangan hari ini.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Sabah, Christopher Billy berkata kesemua yang ditahan berumur antara 21 hingga 42 tahun.

Seramai 17 lelaki ditahan dalam operasi di daerah ini dan 11 lagi di Kinabatangan, katanya di sini, hari ini.

Operasi di daerah ini dilaksanakan pada jam 12 tengah malam hingga 3.45 pagi tadi yang disertai 29 anggota AADK dan 10 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ia membabitkan pemeriksaan di rumah yang dijadikan tempat penagihan dadah di Kampung Sungai Kayu, Kampung Batu Putih dan di dua taman Program Perumahan Rakyat di Seri Taman dan Taman Mesra.

AADK menjalankan ujian air kencing terhadap mereka yang ditahan di tempat operasi dilaksanakan.

Dalam operasi dijalankan di sebuah rumah di Seri Taman, dua lelaki berusia 30 dan 42 tahun ditahan ketika sedang menghisap syabu.
Menurut Christopher kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Beliau berkata Ops Perdana sebelum ini telah dilaksanakan di Kota Kinabalu dan diteruskan di daerah pantai timur negeri ini dalam usaha memerangi kegiatan penagihan dadah. – BERNAMA

Tags: Christopher Billydadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd