• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Disiasat SPRM Berhubung Pasar Siti Hajar

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kenyataan Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan kronisme dalam pembahagian lot kedai di kompleks perniagaan baharu, Pasar Siti Hajar, di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka terhadap mana-mana siasatan yang akan dilakukan oleh agensi berkenaan.

“Kita sentiasa terbuka daripada awal terhadap mana-mana siasatan yang akan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (exco) di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata seramai 309 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh bersetuju untuk berpindah ke pasar baharu berkenaan dalam masa terdekat.

Semalam, Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh membuat laporan kepada SPRM Kelantan bagi menyiasat dakwaan wujudnya salah guna kuasa dan kronisme dalam pembahagian lot kedai di kompleks perniagaan baharu itu.

Pengerusi persatuan itu Kamarzaman Che Ngah mendakwa pemilikan lot kedai itu agak meragukan dan menimbulkan isu kerana dipercayai melibatkan kakitangan atau saudara mara terdekat pihak berkuasa tempatan di jajahan tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Fattah MahmoodSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd