• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota TLDM Didakwa Bunuh Rakan Sekerja

oleh Ahmad Albab
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini, hari ini atas pelbagai tuduhan berkaitan membunuh dan mencederakan dua rakan sekerja dalam bilik tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, bulan lepas.

Ketiga-tiga tertuduh, Mohd Izhrifikri Roslee, 29; Hamzah Zakaria, 35; dan Mohd Farid Musa, 32, yang berpangkat Laskar Kanan dan bertugas sebagai pengawal bilik tahanan itu.

Bagi kes Mohd Izhrifikri, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di padang latihan bilik tahanan tersebut antara jam 10.30 pagi hingga 3.20 petang, 29 Sept lalu.

Dia juga dituduh menyebabkan kematian Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, pada masa, tarikh, dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Dis ini untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Seri Manjung sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat serta dokumen-dokumen lain.

Bagi pertuduhan terhadap Hamzah, tertuduh menghadapi dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatuliman di laluan hadapan bilik tahanan tersebut pada jam 10.30 pagi, 29 Sept.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 30 Okt ini.

Bagi pertuduhan terhadap Mohd Farid Musa, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nik Muhammad Baihaqy di pejabat pengawal bilik tahanan itu pada jam 12.30 tengah malam, 28 September lalu.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebelum mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Okt ini.

Hamzah dan Mohd Farid masing-masing didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Perak, Yusaini Amer Abd Karim manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Peguam Zalil Mohd Mess dan Farah Helmy turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga Muhammad Lailatuliman. – BERNAMA

Tags: kes bunuhTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd