• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota Rela Dipukul Terima Sijil Kepujian

oleh Ahmad Albab
30/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang mendakwa dipukul individu bergelar ‘Datuk Seri’ di sebuah tokong di Jalan Ampang di sini Jumaat lepas, akan menerima sijil kepujian kerana bersikap profesional ketika menjalankan tugas.

Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata sikap sabar mereka dan tidak mencetuskan tindak balas walaupun diugut dan dikasari wajar dipuji dan dijadikan teladan oleh anggota Rela yang lain.

“Bagi menghargai komitmen kepada tugas, mereka akan menerima sijil kepujian hari ini yang disampaikan oleh saya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Zulkifli berkata sikap mereka membuktikan anggota Rela bertugas dengan mempraktikkan nilai-nilai murni dan mengelak konfrontasi dengan orang awam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata suspek berusia 29 tahun itu telah dikenal pasti dan diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes pukulRELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd