• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Terlibat Pinjaman Wang Tanpa Lesen Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kegiatan dua lelaki yang aktif memberikan pinjaman wang tanpa lesen dilumpuhkan apabila polis menangkap kedua-duanya di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kedua-duanya yang berusia 34 dan 39 tahun ditahan di sebuah premis di Taman Universiti, Skudai pada 6.30 petang.

Penahanan itu susulan pemantauan polis ke atas premis terbabit yang disyaki memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak sebulan lalu.

Katanya, tujuh kad ATM bank dan lima telefon bimbit turut dirampas dalam operasi tersebut.

“Berikutan penahanan itu, polis juga membuat pemeriksaan ke atas sebuah pangsapuri di Taman Universiti, Skudai yang kemudian menemukan 1,400 poster pinjaman wang; 2,500 keping pelekat pinjaman wang, komputer, lapan buku untuk mencatat senarai peminjam wang, buku cek dan sebuah motokar.

“Kedua-dua suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) AKta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: Ah Longpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd