• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Cedera Ditembak Ketika Minum Di Kedai

oleh AK-47
21/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua lelaki cedera ditembak semasa minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai kopi di Pekan Bukit Gambir dekat Tangkak, pagi ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi, dipercayai dilakukan seorang tidak dikenali yang memakai helmet bertutup penuh dan bersenjatakan sepucuk pistol semiautomatik.

“Tujuh das tembakan dalam jarak dekat telah dilepaskan suspek ke arah kumpulan mangsa yang sedang minum.

“Selepas kejadian, suspek bertindak melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata kedua-dua mangsa yang berumur 30-an dihantar ke Hospital Muar dan Melaka untuk rawatan dan keadaan mereka stabil.

Polis sedang menyiasat dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tangkak ASP Azmi Ali di talian 012-3344200 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak di 06-9787471. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Khalil Kader Mohdditembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd