• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakaria Perlu Tunggu Lebih Lama Hasil Siasatan FGV

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti, perlu menunggu lebih lama berhubung hasil siasatan dalaman membabitkan dirinya.

Pengerusi baharu FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata pihak Lembaga Pengarah masih dalam peringkat penelitian akhir dan seterusnya membuat keputusan.

Bercakap kepada Bernama, beliau menjelaskan, Lembaga Pengarah juga perlu memastikan setiap proses berkaitan dilaksanakan secara teratur sebelum mencapai sebarang keputusan muktamad.

Ditanya mengenai kemungkinan Zakaria kembali kepada FGV, Azhar berkata: “Tidak adil untuk saya mengulas perkara itu sekarang.”

Beliau juga berharap dapat mengadakan satu sidang media berhubung hasil siasatan dalaman itu serta perkara berkaitan FGV dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, berita pelantikan Azhar sebagai pengerusi, ternyata menyuntik elemen positif terhadap syarikat perladangan tersebut apabila harga saham-sahamnya meningkat.

Azhar yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat perladangan terkemuka, Sime Darby Bhd, juga berkongsi keterujaannya terhadap industri dan berharap dapat meningkatkan semula FGV.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata pelantikan Azhar sebagai pengerusi baharu adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Pelantikan dan Saraan syarikat itu yang kemudiannya diputuskan oleh Lembaga Pengarah.

Beliau pernah bertugas sebagai Pengerusi Minyak Sawit Malaysia bagi tempoh 2007-2010.

Selain itu, spekulasi mengenai kemungkinan Zakaria kembali ke pangkuan FGV juga dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga saham syarikat berkenaan.

Pada Jun lepas, Zakaria beserta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha dan dua pegawai pengurusan kanan FGV, diarah bercuti bagi membolehkan proses siasatan dalaman dakwaan salah laku dijalankan membabitkan urus niaga antara anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan niaga lama, Safitex Trading LLC yang berpejabat di Afghanistan.

Sementara itu, mengulas kedudukan Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, FGV berkata beliau telah dilantik semula sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Di Bursa Malaysia hari ini, harga saham FGV mencecah paras tinggi RM1.77 sebelum ditutup kepada RM1.74 dengan sejumlah 16.82 juta saham didagangkan, berbanding harga RM1.71, semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Wira Azhar Abdul HamidFGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd