• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Dianggap Penyamun Semasa Zaman Mahathir

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa UMNO dianggap sebagai perompak dan penyamun oleh pembangkang semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengingatkan sesiapa yang menentang perbuatan Mahathir ketika itu akan dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

“Sesiapa yang mempertikaikannya perlu berdepan dengan senjata yang bernama ISA yang sedia digunakan Tun dengan sewenang-wenangnya.

“Ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pembangkang paling hebat ditekan, ditindas sehingga pelbagai tragedi berlaku. Royalti minyak Kelantan tidak diberi, malah royalti minyak Terengganu dijadikan wang ehsan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membalas dakwaan Mahathir, PAS kini bekerjasama dengan UMNO yang kononnya merupakan parti penyamun dan perompak.

Mahathir meninggalkan UMNO tahun lalu gara-gara kepentingan peribadinya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau kemudian dipancing DAP untuk menyertai Pakatan Harapan sebelum diangkat menjadi pengerusi gabungan parti pembangkang tersebut.

Selain DAP, Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Akta ISA 1960 dimansuhkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2011 selepas dua tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Tuan Ibrahim berkata, di zaman Mahathir, semua Timbalan Perdana Menteri dipecat oleh Mahathir dengan pelbagai tuduhan hanya kerana mereka menentang rasuah, salah guna kuasa dan kronisme Mahathir waktu itu.

“Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi PAS untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing.

“Kalau nak dituduh PAS perosak, lihatlah cermin dahulu siapa yang konsisten, siapa yang sentiasa `U-turn’,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASTun MahathirUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd