• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pelajar Politeknik Lemas Mandi Air Terjun

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Tiga pelajar Politeknik Jeli ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut di sini, pagi Jumaat.

Mayat Muhd. Farid Rozi dan Putra Izzad Iskandar Zulkifli ditemui pukul 10.15 pagi oleh orang awam manakala Muhamad Ikram Mohd. Faisal ditemui bomba, sekitar 11.21 pagi.

Semua mangsa berusia 18 tahun. Mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

Rakan mangsa, Muhamad Azamuddin Azman, 18, bersama 29 penuntut lain ke kawasan berkenaan untuk menjalankan tugasan akuatik ekosistem.

“Ketika sedang mengambil gambar, saya dimaklumkan tiga rakan yang mandi di air terjun lemas.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan cuba membantu dengan menghulurkan kayu untuk menyelamatkan Muhammad Ikram namun gagal apabila dia terus tenggelam.

“Usaha mencari dijalankan sebelum mayat Muhd. Farid dan Putra Izzad ditemui. Mayat Muhamad Ikram ditemui selepas itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’id ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian.

“Sebaik menerima laporan pukul 10.20 pagi, tujuh anggota dengan bantuan dua pasukan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi kejadian dua mangsa sudah ditemui orang awam.

“Usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan sebelum seorang lagi mangsa ditemui pada 11.21 pagi,” kata Mohamad Shahril. – BH Online

Tags: mati lemasmautPoliteknik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd