Sample Page Title

FILEM Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan dan lakonan terkini oleh sutradara terkenal Ahmad Idham Nadzri baharu sahaja ‘melabuhkan’ tirai di semua pawagam tempatan pada minggu lalu.

Malangnya filem itu bukan sahaja kurang mendapat sambutan penonton tanah air, malah posternya dikecam teruk oleh ramai netizen meskipun menerima reaksi positif daripada para pengkritik dan media tempatan.

Lucunya, optimis dengan isu tidak laku filem terbitan syarikatnya, Aifa Motion Sdn. Bhd., Ahmad Idham berkata beliau sedia maklum keadaan ‘lesu’ itu mungkin berpunca daripada ekonomi Malaysia tidak menentu.

Menurut laporan pelbagai portal tempatan, situasi itu konon turut memberi kesan kepada banyak filem tempatan lain. Jawapan klise beliau itu namun dikutuk ramai netizen sebagai tidak tahu erti nilai bersyukur.

Apabila meraih jutaan ringgit, konon disebabkan hasil kreativiti dan kepintaran penerbit filem itu dan bukan faktor lain tetapi jika gagal, ia segera dipersalahkan kepada ekonomi dan pihak kerajaan jadi sasaran.

Kalau betul ekonomi tidak menentu seperti dakwaan Ahmad Idham ini, bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn. Bhd. lakonan pelawak Zizan Razak boleh pula kutip sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari!

Untuk rekod, secara purata perolehan jualan tiket Abang Long Fadil 2 keluaran terbaharu Datuk Yussof Haslam dan diarahkan sendiri oleh anaknya, Syafiq Yussof, adalah sebanyak RM1 juta pada setiap hari.

Baca: Poster Filem Dikecam, Ini Jawapan Ahmad Idham

Juga: 5 Hari Ditayangkan, ALF2 Cecah Kutipan RM5 Juta

Walhal filem Ahmad Idham itu selepas habis ditutup ikut Syarat Wajib Tayang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) hanya mampu meraih RM100,000 sahaja sejak ditayangkan 10 Ogos lalu.


Ada netizen menempelak alasan lucu Ahmad Idham itu dan mendakwa zaman kegemilangannya sudah berakhir apabila ramai sudah ‘muak’ dengan filem tema cinta bahkan tiada idea baharu yang boleh membuka minda.

Tambahan pula kebanyakan stesen televisyen tempatan waima saluran berbayar, setiap hari menyiarkan puluhan drama genre cinta yang lebih segar dan banyak diadaptasi daripada pelbagai novel popular tertentu.

Justeru netizen menyifatkan alasan Ahmad Idham mempersalahkan keadaan ekonomi negara konon tidak menentu atau dasar kerajaan tidak membantu filem tempatan sebenarnya bukanlah jawapan sewajarnya.

Kalau benar ekonomi negara tidak stabil dan rakyat makin hidup melarat, masakan penonton Melayu sanggup boleh habis lebih RM5 juta untuk tayangan lima hari sahaja terhadap filem Abang Long Fadil 2.

Bayangkanlah kalau pihak kerajaan tidak membantu pula dari segi polisi Syarat Wajib Tayang untuk filem domestik, entah berapalah kutipan filem keluaran Ahmad Idham itu sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Logo PAS Atau PN, Tunggu Mesyuarat – Sanusi

ALOR SETAR : Keputusan sama ada Pas akan menggunakan logonya sendiri atau bertanding menggunakan...

Kerajaan Akan Kaji Undang-Undang Kebankrapan – PM

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan yang...

KPLB Tunggu Kelulusan MOF Naikkan Elaun Pembantu Tabika Kemas

KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan...

Keputusan Kes Rasuah Bekas Exco Johor Ditangguh 7 Ogos

JOHOR BAHRU : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes bekas Exco...

Gambar Tunku Ismail, Cools Cetus Spekulasi

KUALA LUMPUR : Tindakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut Rakyat: Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu isu...