Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shuib Sepahtu Pengsan Akibat...

GARA-GARA terlalu penat bekerja, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Sultan, Sultanah Kedah Berangkat...

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah...

Tentera Israel Pukul, Renjat...

AKTIVIS yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza...

Muhyiddin Telah Melampaui Batasan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata...

Syor RCI Pondok Pak Ya Diteliti – TPM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi semalam akan meneliti semua syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Keselamatan Sekolah Agama yang ditubuhkan selepas tragedi di Yan, Kedah pada 1989.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan cadangan dan syor yang dikemukakan RCI selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya yang mengorbankan 27 nyawa tidak dilaksanakan dan diguna pakai.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata satu atau dua kejadian kebakaran di maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat memberi gambaran buruk terhadap sistem pendidikan negara serta imej pendidikan Islam.

“Kejadian seperti itu memburukkan imej pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agensi penguatkuasaan yang mengeluarkan garis yang harus dipatuhi semua maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) Kluster Keselamatan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak selaku moderator sesi dialog perdana yang turut dihadiri lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat pertama Pasukan Petugas Khas yang diumumkan semalam akan diadakan Selasa ini, membabitkan penyertaan beberapa menteri berkaitan pendidikan, pendidikan agama, penguatkuasaan PBT, jabatan serta agensi berkaitan.

Katanya, kes kebakaran di sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz tidak lagi boleh dibendung.

“Kita harap syor dalam siasatan kebakaran Pondok Pak Ya diguna pakai sebagai garis panduan untuk sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz di seluruh negara,” katanya.

Ditanya sama ada maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat mungkin diletakkan di bawah seliaan dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Ahmad Zahid berkata, ia tidak boleh dilaksanakan kerana institusi itu dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“(Bidang kuasa) Ini harus dihormati, namun kita harus melakukan usaha penyelarasan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.


Mengulas kemungkinan kerajaan mewajibkan semua maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat didaftarkan dengan satu agensi yang boleh dikawal selia oleh kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai Dasar Pendidikan Sekolah Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau berkata, JAKIM hanya ada kuasa penyelarasan, manakala penguatkuasaan dan pelaksana adalah MAIN dan JAIN.

“Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam harus menjadikan agenda penyelarasan maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat ini sebagai agenda dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Terdahulu pada sesi dialog perdana, Ahmad Zahid menegaskan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu bukan bertujuan unyuk mengambil alih kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama negeri, sebaliknya hanya sekadar untuk mengemukakan dan menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan.

“Saya akan mempengerusikan Pasukan Petugas Khas dan insya-Allah saya akan memohon kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya pagi esok.

“Ini bukan hendak mengambil alih kuasa sesiapa, ini membabitkan nyawa.. enough is enough (cukup cukuplah),” katanya.

Pada sidang media sama, Ahmad Zahid yang diminta mengulas spekulasi tong gas ditemui di tempat kejadian berkata, perbincangan sudah diadakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengenai kemungkinan kebakaran.

“Kita tidak harus spekulasi hingga siasatan secara konklusif dijalankan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Pasukan Petugas Khas serta dimaklumkan kepada umum jika ada unsur jenayah dan unsur di luar daripada kesilapan teknikal termasuk gangguan litar pintas,” katanya. – BH ONLINE

Kategori