• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarahan Gandhi Bincang Kehidupan 4 Ikon Keamanan

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu syarahan khas membincangkan falsafah dan ajaran empat ikon keamanan akan diadakan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pada 2 Okt ini.

Pemegang amanah Gandhi Memorial Trust S. Radhakrishnan berkata syarahan itu bagi meraikan ulang tahun kelahiran ke-148 Mahatma Gandhi yang disambut sebagai Hari Tanpa Keganasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Pengajaran daripada kehidupan empat ikon keamanan – Gandhi (India), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Martin Luther King Jr. (Amerika Syarikat) dan Daisaku Ikeda (Jepun) akan dibincangkan pada syarahan itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Radhakrishnan berkata penceramah antarabangsa terkemuka Dr Mohamed M. Keshavjee akan berkongsi pandangannya tentang kaitan ajaran Gandhi dalam kehidupan hari ini pada syarahan yang dijadualkan bermula 5 petang itu.

Katanya datuk saudara Mohamed Keshavjee merupakan kawan rapat Gandhi semasa mereka berdua berjuang bersama-sama menentang aparteid dan diskriminasi kaum di Afrika Selatan.

Mendiang Mohandas Karamchand Gandhi yang dilahirkan pada 2 Okt 1869, mengetuai India mencapai kemerdekaan pada 1947 dan mencetuskan gerakan yang memperjuangkan hak awam dan kebebasan di negara itu.

Gerakan tanpa keganasan beliau yang unik atau Satyagraha dikagumi masyarakat seluruh dunia.

Program syarahan tersebut akan dirasmikan oleh Koordinator Residen PBB di Malaysia Stefan Priesner dan kemasukan adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel ke [email protected]. – BERNAMA

Tags: GandhiSyarahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cambridge Union: Audiens Tertarik Syarahan Mahathir

17/06/2019
0

CAMBRIDGE - Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd