• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suapan: Sarjan Balai Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,500 daripada seorang penjual mercun dan bunga api, dua tahun lepas.

Harjinder Singh Saudagar Singh, 53, yang bertugas sebagai Sarjan Pentadbiran Balai di Balai Polis Kota Tinggi didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai sebanyak RM4,000 daripada Mohd Fairus Norani di Balai Polis Kota Tinggi, kira-kira 10 malam, 26 Jun 2015, sebagai dorongan melepaskan dua pekerja Mohd Fairus yang disyaki menjual mercun dan bunga api.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didakwa menerima rasuah masing-masing wang tunai RM500 dan RM2,000 daripada Mohd Fairus sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas perniagaan menjual mercun dan bunga api milik lelaki itu.

Pertuduhan kedua dilakukan di alamat nombor 2, Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi, kira-kira 3.20 pagi, 17 Julai 2015 dan pertuduhan ketiga di sebuah restoran di Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, pada 10.30 malam, 18 Julai 2015.

Ketiga-ketiga pertuduhan adalah di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsyarina Raizan dan beliau menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya pula memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan menanggung tiga anak yang masih belajar selain isteri yang tidak bekerja.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 24 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Budak Lelaki ‘Mandi’ Kuah Sup Mendidih

Next Post

Pelakon Veteran ‘Mak Cik Petir’ Kritikal

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

Pelakon Veteran 'Mak Cik Petir' Kritikal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd