• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM, Interpol Kesan Saksi Sindiket Judi Haram

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan 10 saksi penting bagi membantu menyelesaikan siasatan terhadap sindiket judi haram melibatkan amalan rasuah dan salah guna kuasa di Melaka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata semua individu berkenaan dipercayai telah melarikan diri ke luar negara dan pihaknya sedang mengesan kedudukan terkini saksi berkenaan.

“Kita masih dalam usaha mendapatkan saksi penting ini kerana mereka telah melarikan diri ke luar negara selepas tindakan memerangi sindiket judi haram secara besar-besaran dilakukan di Melaka.

Sebelum ini, juga kita telah membuat siaran akhbar bagi mengesan mereka dan kini dalam proses mendapatkan mereka untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar’17) peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melakukan pelepasan konvoi motosikal berkuasa tinggi yang akan bergerak ke Johor bagi melengkapkan kembara berkenaan yang akan berakhir pada 30 Sept depan.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata saksi berkenaan diperlukan bagi menyelesaikan kes tersebut yang disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata kertas siasatan yang lengkap kemudian akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara sama ada untuk membuat pertuduhan atau sebaliknya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan dua Ketua Polis Daerah di Melaka masing-masing berpangkat ACP dan DSP antara yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan selepas menerima suapan daripada pengusaha-pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka bagi melindungi kegiatan haram tersebut.

SPRM turut menahan dua orang awam terdiri daripada orang tengah yang bertindak mengutip wang perlindungan daripada pengusaha premis dan seorang pengusaha pusat judi haram. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dzulkifli Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PNM Bantu Penyelidik Kaji Al-Quran Lama

Next Post

Video Hantu Sebenar Atau Rekaan?

Related Posts

‘Pengkhianat Negara’ Tuduhan Berat – Dzulkifli

23/05/2018
0

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad terkilan dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu, Datuk...

Sahabat Cilik SPRM Dilancar Di Seluruh Negara

27/02/2018
0

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Sahabat Cilik SPRM secara serentak di 14 sekolah di...

Next Post

Video Hantu Sebenar Atau Rekaan?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd