• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sahabat Cilik SPRM Dilancar Di Seluruh Negara

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Sahabat Cilik SPRM secara serentak di 14 sekolah di seluruh negara untuk menyebar luas mesej anti rasuah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Sahabat Cilik SPRM yang menyasarkan murid sekolah rendah itu diperkenalkan susulan pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) pada 1 Ogos tahun lepas, melibatkan masyarakat berusia 18 tahun ke atas.

“Sudah sampai masanya pendidikan mengenai rasuah diterapkan seawal mungkin, maka pihak SPRM terpanggil untuk memainkan peranan dan kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan. Kita nak mendidik golongan murid untuk mengenali apa itu rasuah dan kesan serta akibat buruk rasuah itu.

“Kita akan dapat melahirkan generasi baharu Malaysia yang bukan setakat benci rasuah tetapi merasakan ada tanggungjawab untuk mengatakan tidak pada rasuah, sama ada sebagai penerima atau peminta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sahabat Cilik SPRM di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, di sini hari ini.

Beliau berkata pelancaran Sahabat Cilik SPRM itu juga sejajar dengan agenda kerajaan dalam menjayakan Transformasi Nasional 50 (TN50).

Terdahulu, Dzulkifli turut melancarkan maskot SPRM ‘Komisioner DZ’ yang dihasilkan dengan kerjasama Studio Animonsta bagi menarik minat golongan murid sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut merancang untuk melancarkan kelab bagi mendedahkan pelajar dengan aktiviti dan gerak kerja SPRM.

“Kami masih dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk peringkat seterusnya, mungkin kita akan melancarkan pula namanya yang masih belum kita putuskan…program berbentuk seperti kelab ataupun kadet ini adalah bagi mendedahkan pelajar kepada aktiviti dan gerak kerja SPRM dari peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga dalam perancangan untuk memasukkan elemen pendidikan mengenai rasuah dalam sistem pendidikan. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Dzulkifli Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd