• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Agih 5,400 Tiket F1 Percuma Kepada Belia

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepang International Circuit (SIC) hari ini mengagihkan sejumlah 5,400 tiket percuma kepada golongan belia untuk menyaksikan edisi terakhir perlumbaan Formula 1 Grand Prix Malaysia pada 30 September dan 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata tiket berkenaan mulai diedarkan hari ini kepada pemimpin tempatan di kawasan masing-masing untuk disampaikan kepada golongan belia yang berminat menyaksikan perlumbaan itu.

Beliau berkata tiket percuma itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial (CSR) yang dilaksanakan oleh SIC, agar golongan belia di Malaysia dapat menyaksikan sendiri F1 Grand Prix yang sebelum ini hanya disaksikan di kaca televisyen.

“Ini juga memberi peluang kepada anak muda negara melihat sendiri kejayaan negara dan kerajaan dalam mengendali kejohanan antarabangsa yang berprestij ini.

“F1 Grand Prix Malaysia akan menutup tirainya mulai tahun ini setelah 19 tahun beroperasi dan akan digantikan dengan Motor GP mulai tahun hadapan. Semoga edisi baharu ini akan dapat menarik minat lebih ramai golongan muda di negara ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kontrak penganjuran perlumbaan berprestij itu ditamatkan bermula tahun depan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira laporan dan pandangan SIC mengenai impak kewangan acara F1 kepada semua pihak berkepentingan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Zarkashi Saran PM Anwar Berhenti Guna Perkataan ‘Sakau’

Puad Zarkashi Saran PM Anwar Berhenti Guna Perkataan ‘Sakau’

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti menggunakan...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd