• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Di Kelantan Diminta Daftar

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil langkah proaktif termasuk membuat hebahan melalui masjid dan surau bagi menggalakkan pengusaha sekolah pondok dan tahfiz di pedalaman negeri ini segera mendaftar dengannya.

Pegawai Dakwah Kanan MAIK, Yasmoon Mohamed berkata pusat pengajian berkenaan perlu berdaftar dengan MAIK bagi memudahkan bantuan daripada pelbagai pihak disalurkan kepada mereka selain memastikan pematuhan kriteria yang ditetapkan.

“Antara sebab mereka tidak berdaftar adalah kerana wujud salah faham daripada pengusaha mungkin dari segi keperluan untuk mematuhi syarat pengurusan sekolah berkenaan serta syarat keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik pusat tahfiz dan sekolah pondok negeri ini di sini, hari ini.

Yasmoon berkata kegagalan untuk mendaftar, pengusaha boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 135 Enakmen MAIK 1994 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Di bawah enakmen itu juga mahkamah boleh memerintahkan supaya sekolah terbabit dibubarkan pengajiannya,” kata Yasmoon.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia cawangan Kelantan, Omar Alias menganggarkan terdapat 50 sekolah pondok dan pusat tahfiz persendirian di kawasan pedalaman negeri ini yang masih tidak berdaftar dengan MAIK dan persatuan itu.

“Setakat ini, hampir 50 pusat tahfiz dan sekolah pondok sudah berdaftar dan mudah untuk kita tahu kewujudan mereka dan sekiranya berlaku apa-apa insiden, mudah untuk kita beri bantuan,” katanya.

Beliau berkata pengusaha sekolah pondok dan pusat tahfiz di negeri ini perlu mengambil iktibar mengenai beberapa kejadian kebakaran yang membabitkan institusi berkenaan sebelum ini, untuk mereka menyediakan pusat pengajian yang selamat mengikut kriteria yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: MAIKYasmoon Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

MAIK Promosi Bayaran Zakat Melalui Telefon Pintar

17/07/2018
0

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini secara rasmi mempromosikan kaedah bayaran zakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd