Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Suspek Pengeboman Texas Letupkan...

PFLUGERVILLE - Penganggur lelaki berusia 24 tahun, yang disyaki menjadi dalang serangan bom,...

Seorang Wanita Saman Starbucks...

ILLINOIS - Seorang wanita mengheret Starbucks ke mahkamah kerana mendakwa syarikat itu meletakkan...

Permaisuri Sedih KMJ Kali...

KEMBARA Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim...

Laporan Polis Susulan Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis...

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh jajahan Kota Bharu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata pihaknya mengorbankan sebanyak 51 lembu dan tiga daripadanya adalah kurniaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie MAIK yang diadakan di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, hari ini.

Katanya, pengagihan daging korban berkenaan akan diagihkan menerusi masjid di seluruh jajahan Kota Bharu bermula petang ini.

“Setiap penerima akan mendapat dua kilogram (kg) daging serta tulang.


“Program Ibadat Qurban Jama’ie adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak MAIK bagi meraikan golongan asnaf dengan mengagihkan daging korban kepada mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut berkenan menyaksikan penyembelihan tiga lembu korban.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama-sama hampir 500 penduduk pada majlis ibadah korban itu sebelum berangkat pulang, pada jam 9.40 pagi tadi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori