• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Kes Warga Emas Buang Janin 2 Oktober

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Mahkamah Majistret Tawau pada Isnin lepas menetapkan 2 Okt depan untuk sebutan semula kes seorang lelaki warga emas yang dituduh membuang janin bayi perempuan yang dikandung isterinya pada Ogos lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Mohammad Faisal Che Saad ekoran tertuduh Sambaliong Saijuan, 75, mempunyai masalah pekak dan alat pendengarannya rosak.

“2 Okt nanti kes ini akan disebut semula,” kata Mohammad Faisal pada prosiding itu.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin yang turut terpaksa menerangkan kepada tertuduh berhubung keputusan Majistret dengan nada kuat dalam bahasa Bajau.

Ekoran itu tiada pengakuan direkodkan daripada Sambaliong hari itu.

Pada 29 Ogos lalu, Majistret terpaksa menangguhkan dua kali prosiding perbicaraan selepas tertuduh mengalami masalah pendengaran sehingga menjejaskan perbicaraan.

Mahkamah ketika itu memerintahkan Sambaliong membayar wang jaminan sebanyak RM2,500 dengan dua penjamin warga tempatan serta menyarankan tertuduh agar mencari peguam bagi mewakilinya dalam perbicaraan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada kira-kira 4 pagi, 25 Ogos lepas berhampiran Restoran Tawau Mee Tauhu, Batu 3 Jalan Apas, tertuduh membuang janin bayi perempuan isterinya Reka Parari, 32, dengan niat hendak menyembunyikan kelahiran anak itu. – BERNAMA

Tags: mahkamahwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd