• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Mahu Membangunkan Semua Kaum

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri pimpinannya mahu membangunkan semua kaum di negeri itu.

Katanya selain pembangunan untuk masyarakat Melayu, beliau juga mempunyai perancangan bagi membangunkan semula kawasan petempatan masyarakat Cina termasuk di kawasan Padungan.

“Untuk membangunkan kawasan kaum Iban kita telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Upper Rajang untuk membangunkan kawasan Batang Raja sehingga ke Kapit, manakala penubuhan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi akan bertanggungjawab membangunkan kawasan Baram untuk masyarakat Orang Ulu,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Korban Perdana Takaful Ikhlas di Masjid Darul Hana Kampung Patingan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Lembaga Pembangunan Upper Rajang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi sementara Agensi Pembangunan Tanah Tinggi pula diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Kita hanya akan fokus kepada kepada pembangunan… jangan bercakap tentang agama dan kaum kerana kita mahu membantu semua kaum,” kata beliau.

Terdahulu Ketua Menteri berkata Sarawak memerlukan program pembangunan bandar yang sistematik dan moden selari dengan proses pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya kerajaan mempunyai rancangan untuk membangunkan Satok sebagai daerah perniagaan yang baharu.

Katanya sebuah bangunan berkembar yang berkonsep moden sedang dalam pembinaan di bekas tapak Bina Mara di Jalan Haji Taha di sini yang dijadual siap menjelang 2021.

Sementara itu, Pengerusi Takaful Ikhlas Berhad Sharkawi Alis dalam ucapannya berkata syarikat itu menyumbang 14 ekor lembu untuk dikorbankan pada majlis hari ini dan dagingnya dibahagikan kepada penduduk di 14 ranting di sekitar kawasan Satok.

Beliau berkata sejak beroperasi di Sarawak pada 2007, syarikat itu menerima sokongan berterusan daripada masyarakat dan majlis korban tersebut adalah sebagai menghargai pelanggannya selain mendidik masyarakat menghayati erti pengorbanan. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Opengsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd