• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan Ahad Ini

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Sambutan Hari Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2017 akan diadakan pada 10 September ini mulai jam 7 pagi di Dataran Labuan.

Sambutan itu akan dimeriahkan dengan perarakan perbarisan kontinjen 80 buah agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, institusi pengajian awam dan swasta, sekolah, tadika perpaduan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta badan bukan kerajaan (NGO).

Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli akan merasmikan sambutan itu yang turut dibarisi dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, bacaan ikrar, deklamasi puisi, persembahan kebudayaan serta penyampaian hadiah pertandingan keceriaan negaraku.

Rozman berkata program tahunan ini mampu menyuntik semangat patriotik selain menerapkan kesetiaan kepada negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2017, Azhar Ahmad berharap agar warga Labuan dapat hadir beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan tersebut. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd