• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Pelajar Tahfiz Rindu Mengaji, Solat Bersama

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Semua kawan-kawan saya dah tak ada. Saya rindu nak solat berjemaah, mengaji dan berzikir dengan mereka terutama Haris,” kata Mohd Ikhwan Muslim, yang banyak menghabiskan masa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar dalam insiden Khamis lalu.

Berusia tujuh tahun, Mohd Ikhwan yang tinggal bersama keluarganya sejak lebih lima tahun lalu di hadapan pusat tahfiz berkenaan, begitu rapat dengan pelajar di situ terutamanya tiga beradik yang terkorban iaitu Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13, Muhd Hafiz Iskandar, 11 dan Muhd Haris Ikhwan, 10.

Menurutnya, dia paling rapat dengan Haris dan banyak menghabiskan masa dengan arwah.

“Haris banyak ajar saya mengaji dan berzikir. Sebab dia, saya dapat hafal surah al-Fatihah dan lain-lain.

“Setiap kali azan, kami solat jemaah bersama-sama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Murid darjah satu itu berkata, setiap kali pulang sekolah, dia akan ke pusat tahfiz itu untuk mengaji dan bermain.

Dia juga mengakui banyak menghabiskan masa bersama pelajar di situ termasuk menyenangi sikap warden yang sentiasa melayannya.

Mohd Ikhwan memberitahu, walaupun dia bukan pelajar di situ tetapi pihak tahfiz tidak pernah menghalangnya masuk untuk belajar bersama rakan-rakan yang dikenali itu.

Katanya, setiap minggu, dalam dua tiga kali dia akan beriadah bersama-sama dengan arwah dan rakan-rakan lain.

“Biasanya kami main bola di taman berdekatan sini.

“Sejak Haris dan rakan-rakan lain tak ada, saya tak ada kawan lagi. Rindu sangat pada mereka,” katanya. – mStar Online

Tags: Darul Quran IttifaqiyahKebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd