• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” kata bapa remaja lelaki yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran menyayat hati, hampir tiga tahun lalu.

Ditanya media apakah perancangan untuk anaknya selepas ini, bapa berusia 56 tahun itu membayangkan kemungkinan menghantar anaknya menyambung pelajaran.

“Harapan tentulah mak ayah mahu anaknya menjadi yang baik, tetapi ini sudah ketentuan dia (anaknya) pak cik terima,” katanya kepada media selepas keputusan di akhir kes pendakwaan, hari ini.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 19 tahun itu ketika ditemui media berkata: “Tak boleh nak cakap apa-apa.”

Dia yang memakai baju kemeja-T putih dan berseluar jeans biru kemudian dipeluk erat oleh bapanya selepas keluar mahkamah.

Remaja itu mengangguk ketika media bertanyakan sama ada berasa sedih apabila rakannya diperintahkan membela diri atas pertuduhan sama.

Dua beranak itu kemudiannya melambai ke arah pihak media sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini turut memerintahkan rakan remaja itu, juga berusia 19 tahun membela diri atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas remaja berkenaan.

Dua remaja lelaki itu yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini di antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu. 

Tags: bakar pusat tahfizDarul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zuraida Belum Terima Notis Saman Saifuddin

Next Post

3 Lagi Warga China Disahkan Positif Koronavirus

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

Bakar Tahfiz, Seorang Diarah Bela Diri, Seorang Bebas

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 19 tahun menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkannya membela diri...

Next Post

3 Lagi Warga China Disahkan Positif Koronavirus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd