Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Tanah Mendap Di Cheras,...

KUALA LUMPUR – Penduduk Flat Midah Ria, Taman Midah Cheras, di sini cemas...

Malaysia Raih Trofi Piala...

CHASSIEU - Malaysia berjaya meraih trofi Piala Dunia Pastri 2019, berikutan kejayaan tiga...

4 Termasuk Wanita Laos...

GEORGE TOWN - Seorang wanita Laos adalah antara empat individu yang ditahan dalam...

Kerajaan Belanja RM6.31Juta Utk...

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6.31 juta telah dibelanjakan kerajaan untuk membiayai lawatan rasmi...

Raptai Perarakan Panji-Panji Berjalan Lancar

PUTRAJAYA – Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini berjalan lancar.

Seramai 25 pegawai dan 563 anggota lain-lain pangkat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Lt. Kol. Mohd Radzi Othman mengambil bahagian sebelum acara kemuncak berlangsung Selasa ini.

Turut hadir menyaksikan raptai ialah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed.

Kali kedua diadakan di Putrajaya, majlis itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Bagi memastikan kelancaran acara, anggota dan pegawai yang terbabit kawalan kehormat, pancaragam dan unit helikopter bagi upacara lintas hormat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dilihat giat menjalani latihan.

Beberapa buah khemah bagi menempatkan tetamu kehormat dan jemputan khas juga telah siap didirikan.


Perbarisan mengarak panji-panji adalah satu istiadat  ATM dengan panji-panji tersebut merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan tidak berbelah bagi ATM terhadap raja dan negara.

Istiadat Panji-Panji merupakan suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada kor dan rejimen ATM sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang pasukan keselamatan itu kepada negara. – BERNAMA

Kategori