• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman CCTV Berhampiran Balai Polis USJ Diteliti

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran Balai Polis Pinggiran USJ dekat sini, lokasi seorang anggota polis yang ditetak dan ditembak ketika sedang bertugas Khamis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya yakin akan menemui beberapa petunjuk baharu melalui rakaman CCTV itu untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun maklumat dan dapatan rakaman tidak akan didedahkan kerana ia masih pada peringkat awal dan tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban sempena sambutan Aidiladha di sini hari ini.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk menyiasat.

“Saya juga menafikan pistol mangsa telah dijumpai. Jika telah dijumpai, saya sendiri akan keluarkan kenyataan. Saya juga beri jaminan dalam kes ini apa saja yang menimbulkan keraguan dan mewajarkan kami melakukan tangkapan, kami akan buat,” katanya.

Khamis lepas, Lans Koperal Valentino Mesa yang bertugas sendirian di Balai Polis Pinggiran USJ ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang pulang sebaik selesai membuat rondaan.

Susulan itu, seorang pekerja kilang lelaki berusia 34 tahun dipanggil untuk memberi keterangan pada malam selepas kejadian, sebelum ditahan semalam dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: anggota polisCCTV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd