Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Siasat Video Tular Pegawai...

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melalui WhatsApp...

Ahli Parlimen, ADUN Terima...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara...

Remaja 15 Tahun Bina...

LONDON - Seorang remaja lelaki warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi 'raja...

Graduan Cacat Terima Anugerah...

SINTOK – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang...

Pusat Tahfiz Tiada Sijil Layak Menduduki – Noh

KUALA LUMPUR – Pusat tahfiz yang terbakar di Keramat di sini hari ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.

“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal.

“Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Kebakaran awal pagi itu meragut nyawa 22 pelajar tahfiz dan dua guru tahfiz.

Noh berkata dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hampir 29 kes kebakaran melibatkan sekolah tahfiz berlaku di seluruh negara.


“Kebanyakan (bangunan) tahfiz ini tidak mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berkata pengusaha sekolah tahfiz harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan sentiasa mengutamakan keselamatan para pelajar.

Beliau meminta pengusaha tahfiz agar mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihaknya untuk memastikan tahfiz yang beroperasi mematuhi syarat yang telah ditetapkan. – BERNAMA

Kategori