• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Digesa Rujuk PBT Pelan Pembangunan

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menggesa agar semua pusat tahfiz negeri ini mendapatkan nasihat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan premis mereka mematuhi pelan pembangunan terutama melibatkan aspek keselamatan.

Beliau berkata langkah itu perlu, bagi mengelakkan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur semalam yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, daripada berulang.

“Saya meminta agar Jabatan Kesihatan dan Pekerjaan negeri, PBT, Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Pendidikan Melaka, Jabatan Pendidikan daerah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri untuk turut sama terlibat (bagi proses) pemutihan pusat tahfiz yang terdapat di negeri ini.

“Mereka perlu mengambil langkah proaktif dan membuat satu laporan terperinci bagi setiap pusat tahfiz di Melaka agar sekiranya berlaku sebarang kemalangan, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia untuk berdepan dengan masalah yang timbul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Pelancaran Bulan Kebajikan peringkat negeri di Pusat Transformasi Bandar, Jalan Hang Tuah di sini hari ini. Turut hadir Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar serta Speaker Dewan Undangan negeri Datuk Othman Muhamad.

Idris berkata kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah diarahkan membuat laporan berhubung pusat-pusat tahfiz yang berada di kampung bagi memantau segala keperluan pusat tersebut.

“Sekurang-kurangnya, sesebuah pusat tahfiz itu mesti ada pemadam api. Kita juga nak pastikan pusat-pusat tahfiz ini mempunyai langkah-langkah perlindungan dan pencegahan kebakaran serta pelan kecemasan bagi memastikan ia dapat beroperasi dengan baik dan memenui piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata negeri ini mempunyai 28 pusat tahfiz yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Melaka manakala 11 lagi pusat tahfiz masih dalam proses pendaftaran.

Sementara itu, Idris mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bagi membantu meringankan beban mereka dalam aspek pengurusan kebajikan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd