• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Di Kedah Lalui Pemeriksaan Berkala

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mengadakan pemeriksaan berkala ke atas pusat pengajian pondok dan tahfiz di seluruh negeri ini bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.

Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata hari ini pihaknya akan bermula dengan 147 premis sekolah pondok, tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah berdaftar di bawah JBPM negeri.

“Sebanyak 147 sekolah pondok, tahfiz dan SAR yang ada dalam rekod pendaftaran kami dan dari jumlah itu, sebanyak 118 premis telah diperiksa sehingga Julai lalu. Hampir 80 peratus premis yang telah diperiksa mendapat teguran secara bertulis dari pihak bomba,” katanya.

Katanya, antara teguran yang dikeluarkan ialah tiada alat pemadam api, tiada sistem gelung hos, tiada sistem pengesan api automatik, tiada sistem penggera kebakaran elektrik dan manual dan tiada tangga kedua sekiranya berlaku kecemasan.

Abdul Razak berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tentang kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru tahfiz.

Beliau berkata dia yakin masih banyak sekolah pondok, tahfiz dan SAR di negeri ini yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan JBPM negeri yang mana boleh menyebabkan timbulnya kesukaran apabila berlaku insiden seperti kebakaran.

“Dalam masa terdekat ini, pihak bomba akan cuba mengesan lokasi sekolah-sekolah pondok dan tahfiz yang masih belum berdaftar di seluruh negeri Kedah dengan kerjasama pihak JAIK.

“Kita turut mengadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan ceramah kepada pelajar dan pihak pentadbiran sekolah kerana boleh dikatakan hampir 80 peratus sekolah yang diperiksa tidak mematuhi aspek keselamatan kebakaran,” katanya.

Katanya, melalui demonstrasi dan ceramah ini, pelajar dan pihak pentadbiran sekolah tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran di premis mereka.

Tambahnya, dari jumlah 147 premis sekolah pondok, tahfiz dan SAR yang telah berdaftar di bawah JBPM negeri, sebanyak 72 sekolah telah didaftarkan di bawah skuad bomba tahfiz bagi membantu mengurangkan insiden kebakaran membabitkan bangunan institusi pendidikan agama di negeri ini.

Sementara itu di KOTA BHARU, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata langkah kerajaan Kelantan untuk mengatur aspek keselamatan di pusat pengajian agama milik persendirian amat sukar kerana ada beberapa institusi telah beroperasi sejak sekian lama.

Katanya struktur binaan terutama pondok yang menempatkan pelajar dibina menggunakan kayu dan tiada sebarang pelan khusus untuk keselamatan premis sebelum ia dibina.

“Ia berbeza jika sesebuah institusi itu beroperasi di sebuah bangunan kerana telah mendapat kelulusan keselamatan daripada JBPM Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, susulan kejadian kebakaran yang berlaku membabitkan beberapa pondok pengajian di Kelantan sejak beberapa tahun lepas, kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat dengan pengurusan institusi tersebut agar mereka lebih menitikberatkan soal keselamatan di pusat pengajian masing-masing, kata Abdul Fattah.

Khamis lepas, Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood dipetik sebagai berkata agensi itu mengesan 17 sekolah agama pondok di negeri ini yang beroperasi tanpa permit daripada jabatan tersebut.

​​​​​​​Nazili dilaporkan sebagai berkata sekolah berkenaan yang terletak di beberapa jajahan didapati berisiko tinggi sekiranya berlaku kebakaran berikutan ciri-ciri keselamatan bangunan didapati kurang memuaskan.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata hanya 46 pusat tahfiz dan pondok berdaftar dengan organisasi itu setakat ini.

Katanya pihak MAIK dari semasa ke semasa sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada pemilik tahfiz dan pondok untuk mendaftar dengan MAIK bagi melancarkan proses penyelarasan operasi.

“Setakat ini kita hanya mampu mengawal sepenuhnya pusat tahfiz dan pondok yang berdaftar sahaja dan semuanya menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, katanya tindakan tegas seperti tidak membenarkan pondok atau tahfiz tidak berdaftar beroperasi dikhuatiri menimbulkan sentimen lain termasuk andaian MAIK anti-agama.

Berikutan itu katanya MAIK hanya mampu memberi peringatan agar pengurusan pondok dan tahfiz tidak berdaftar memberi perhatian utama berkaitan keselamatan penghuninya termasuk pendawaian elektrik dan struktur pembinaan bangunan selain menggesa segera membuat pendaftaran dengannya. – Bernama

Tags: Bombakebakaran pusat tahfizKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd