• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Tidak Berdaftar KPM

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, yang terbakar pagi ini, tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata semakan juga akan dibuat sama ada pusat tahfiz itu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, atau mana-mana yayasan.

“Ini bukan pertama kali, kita amat prihatin, kita tahu setiap dua atau tiga tahun ada saja kejadian insiden kebakaran atau kejadian seperti ini, kejadian struktur bangunan yang runtuh di sekolah-sekolah ini,” katanya pada persidangan media bilik orang kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu di penghujung lawatan kerjanya di Sarawak, hari ini.

Beliau berkata kerajaan menghormati dan berpegang teguh dengan pendirian bahawa hal agama, termasuk berkaitan sekolah agama rakyat, termaktub di bawah pentadbiran kerajaan negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula memantau dan menyalur bantuan tertentu dengan baik.

“Tapi kita lihat memang ada tahap piawaian keselamatan di sekolah-sekolah ini yang tidak dipatuhi, seolah-olah ada kedegilan di kalangan mereka yang melihat seolah-olah kerajaan nak campur tangan dalam urusan mereka,” katanya.

Kebakaran pada 5.15 pagi itu mengorbankan 22 pelajar dan dua guru. Madrasah tiga tingkat itu menempatkan 36 pelajar dan enam guru.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap tahap keselamatan pelajar di sekolah-sekolah dalam negara, baik yang dikendalikan penuh oleh kementerian, mahupun yang dikendalikan oleh pihak swasta dan persendirian.

Katanya sebagai sebuah pentadbiran yang prihatin, kerajaan sentiasa mengambil berat dan tidak akan berkompromi dengan sebarang malapetaka, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kehilangan nyawa. – BERNAMA

Tags: Sekolah Tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

Agih 1,000 Naskhah Al-Quran Di Sekolah Tahfiz Kemboja

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - NGO Antarabangsa Malaysia hari ini mengagihkan 1,000 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja. Pengerusinya Datuk Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd