• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selam Skuba Zahir Semangat Patriotik, Cintakan Negara

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara, Malaysia Bumiputera Brotherhood menganjurkan program Brotherhood Dive 2017 mulai hari ini hingga Ahad di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu.

Presiden Malaysia Bumiputera Brotherhood, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata program itu, yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, diharap dapat mengeratkan hubungan persaudaraan, memupuk semangat bersatu padu diantara peserta terlibat.

Seramai 50 penyelam skuba dan komuniti penyelam dari seluruh negara dijangka menyertai program itu, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Pulau Tenggol dipilih sebagai venue program kerana ia bukan sahaja destinasi pelancongan tersohor di Malaysia malah lokasi selam skuba terkenal di dunia.

Sementara itu, penaung Malaysia Bumiputera Brotherhood yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan rasa gembira dengan penganjuran program itu dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Tourism Negeri Terengganu.

“Diharapkan program ini dapat memberi mesej yang baik selain membantu mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017,” katanya dalam kenyataan sama.

Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang tiga hari program itu termasuk penerangan cara pemuliharaan terumbu karang melalui sesi perkongsian ilmu pemuliharaan alam marin oleh penceramah jemputan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Peserta juga berpeluang menghayati keindahan dasar laut melalui aktiviti selam skuba di samping mewujudkan kesedaran pemuliharaan hidupan marin dan karang laut yang merupakan khazanah berharga negara.

Acara kemuncak program itu melibatkan semua peserta menyelam dan mengibarkan Jalur Gemilang di dasar laut sebagai simbolik meraikan Hari Kebangsaan Ke-60 dan Hari Malaysia selain pemberian sijil penyertaan kepada peserta program Brotherhood Dive 2017.

Program itu juga mendapat kerjasama badan bukan kerajaan iaitu Geng Hafiz Mahmud #GHM. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd