• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis Tahfiz Sementara Sebelum Pindah Bulan Depan

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bangunan Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, yang terbakar dan mengorbankan 23 orang awal pagi tadi, hanya premis sementara bagi pusat tahfiz itu, kata pentadbirnya Mohamad Affendi Hamzah.

Beliau berkata bangunan itu diduduki sementara menunggu pengubahsuaian bangunan asal pusat tahfiz itu, yang terletak kira-kira satu kilometer daripada premis terbakar itu, siap.

Katanya mereka berpindah ke bangunan sementara itu pada Oktober tahun lepas dan merancang berpindah semula ke bangunan asal pada bulan depan.

“Mangsa kebakaran dan pelajar yang terselamat adalah kumpulan pertama yang menduduki bangunan ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamad Affendi, yang berkhidmat di pusat pengajian berkenaan sejak dua tahun lepas, memberitahu bahawa pusat pengajian itu telah beroperasi sejak 16 tahun lepas dan ini merupakan bencana pertama yang dihadapi mereka.

“Tuhan lebih sayangkan mereka,” katanya merujuk kepada 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz berkenaan yang terkorban dalam insiden 5.15 pagi itu.

Mohamad Affendi berkata pusat pengajian itu juga menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata mengikut perancangan, selepas semua kakitangan dan pelajar berpindah semula ke bangunan asal, premis berkenaan akan digunakan untuk pengajian kitab.

“Ini yang kita rancang bermula tahun hadapan di bangunan ini…di bangunan asal, kita akan khaskan hanya untuk pengajian tahfiz,” katanya. – BERNAMA

Tags: Darul Quran IttifaqiyahMohamad Affendi Hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd