• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis Baharu Tahfiz Akan Beroperasi Awal 2018

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Premis baharu pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang sebelum ini dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.

Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood berkata penangguhan itu berikutan pelaksanaan kerja penambahbaikan  yang perlu mematuhi beberapa ciri keselamatan seperti ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Semalam ketika bomba melakukan pemeriksaan, mereka minta kami buat beberapa ubah suai dan tambah baik antaranya memasang penyedut asap dan loceng kecemasan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya proses berkenaan akan mengambil masa beberapa bulan, sebelum kesemua pelajar meneruskan aktiviti pembelajaran di bangunan baharu.

Beliau berkata pihaknya akan mencari tempat baharu di lokasi berhampiran pusat tahfiz yang terbakar sebagai pusat pengajian sementara supaya para pelajar yang bercuti dapat meneruskan pembelajaran secepat mungkin.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan berjumpa dengan kesemua ibu bapa pelajar dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.

“Kami akan bersemuka dengan mereka (ibu bapa) kerana tidak mahu ada pihak ketiga yang mengeruhkan keadaan. Sumbangan yang kami peroleh akan dipulangkan kepada keluarga mangsa.

“Hanya sebilangan kecil sahaja akan digunakan untuk membaiki kerosakan pusat tahfiz yang terbakar ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai masih lagi mengunjungi lokasi kejadian untuk merakamkan gambar dan menghulurkan sumbangan.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, pada Khamis minggu lepas. – BERNAMA

Tags: Darul Quran Ittifaqiyahkebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd