• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Tunjuk Bukti Yingluck Lari Ke Luar Negara

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand semalam menyiarkan bukti menunjukkan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra melarikan diri dari negara itu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Polis berjaya mengumpulkan rakaman yang menunjukkan 10 kenderaan kelihatan melalui kediaman bekas perdana menteri itu pada 23 dan 24 Ogos lepas, Yingluck dipercayai menggunakan satu daripada kenderaan berkenaan untuk melarikan diri.

Semua kenderaan itu kini disita untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Diraja Thailand, Srivara Ransibrahmanakul berkata, pihak berkuasa hanya boleh bertindak membatalkan pasport Yingluck selepas Mahkamah Agung membuat keputusan berhubung kes beliau.

Pada masa sama, polis meminta pihak berkuasa dari 190 buah negara membantu mengesan bekas perdana menteri Thailand itu.

Setakat ini, Kemboja, Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan tiada bukti menunjukkan Yingluck berada negara berkenaan.

Sementara itu, polis sempadan Thailand juga memaklumkan tiada tanda Yingluck melintasi sempadan.

Yingluck gagal hadir di mahkamah bagi mendengar keputusannya pada 25 Ogos lepas, justeru Mahkamah Agung mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 27 September ini.

Pada Mei 2014, Yingluck dituduh menyalahgunakan kuasa serta cuai dalam subsidi beras yang menyebabkan negara mengalami kerugian besar.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjarakan sehingga sepuluh tahun dan asetnya bernilai 35 bilion bhat (hampir AS$1 bilion) dirampas. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd