• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNM Bantu Penyelidik Kaji Al-Quran Lama

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggalakkan lebih ramai pengkaji naskah Al-Quran tampil menjalankan penyelidikan berkaitan kitab suci itu yang terdapat dalam simpanan PNM.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nafisah Ahmad berkata PNM mempunyai lebih 60 manuskrip Al-Quran asal yang diperoleh daripada seluruh pelosok negara termasuk beberapa naskhah dari abad ke-19 yang boleh dikaji.

”Kita dapati Al-Quran yang kita kumpul bersekali dengan manuskrip Melayu lain seakan terpinggir kerana mungkin ada yang beranggapan Al-Quran yang kita baca sekarang sama sahaja dengan Al-Quran masa lampau sehingga tidak perlu menjaga dan merawat manuskripnya.

“Sebaliknya apabila diteliti terdapat pelbagai perbezaan seperti perbezaan qiraát atau mazhab pengucapan Al-Quran yang ditulis, disiplin ilmu ‘rasm’ atau cara penulisan kalimat-kalimat Al-Quran yang ditinggalkan ulama terdahulu, jenis kertas dan iluminasi (seni hias) berdasarkan budaya yang ditampilkan dalam naskah itu,” katanya kepada Bernama pada Seminar Karakteristik dan Iluminasi Mushaf Al-Quran Nusantara hari ini.

Seminar yang julung kali diadakan itu merupakan kerjasama antara PNM dengan Bayt Al-Quran Nusantara dan Muzium Istiqlal di Jakarta, Indonesia bagi mendedahkan orang ramai mengenai perbezaan ciri dan seni hias yang terdapat pada naskah Al-Quran lama.

Sementara itu, penyelidik naskhah Al-Quran, Dr. Ali Akbar dari Jakarta berkata penyalinan Al-Quran di Nusantara berlaku pada akhir abad ke-19 oleh para ulama untuk kegiatan pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

“Bagaimanapun gaya penyalinan yang sederhana kemudiannya berkembang luas apabila kerajaan kesultanan mula mengupah ulama untuk melakukan penyalinan dengan kaligrafi dan seni hias yang indah, berlatarkan emas dan lebih menarik.

“Keberadaan manuskrip Melayu atau mushaf (naskhah) Al-Quran di sesebuah kawasan atau wilayah boleh dianggap sebagai satu representasi lokal dan mempunyai ciri istimewa wilayah tersebut selain menjadi bukti-bukti hubungan yang pernah terjalin antara wilayah-wilayah tertentu. Hal ini dapat dirungkaikan setelah kita melakukan pengamatan fizikal naskah,” katanya.

Justeru, beliau menggalakkan lebih ramai pengkaji naskhah Al-Quran di negara ini terutama golongan muda mengambil peluang menyelidik sejarah kewujudkan manuskrip Al-Quran bagi merungkai keistimewaan dan nilai tersirat yang terdapat pada kitab suci itu. – BERNAMA

Tags: Al-QuranPNM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Alami Masalah Pemakanan Tak Seimbang

Next Post

SPRM, Interpol Kesan Saksi Sindiket Judi Haram

Related Posts

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

02/07/2023
0

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di...

M’sia Kutuk Sekeras-Kerasnya Insiden Bakar Al-Quran Di Stockholm

M’sia Kutuk Sekeras-Kerasnya Insiden Bakar Al-Quran Di Stockholm

29/06/2023
0

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di...

Next Post

SPRM, Interpol Kesan Saksi Sindiket Judi Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd