• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Mahu MIC Piih Calon Wibawa, Berkredibiliti

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu MIC menyenaraikan calon yang boleh menang, berkredibiliti dan berkualiti, serta diterima oleh semua kaum, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata inilah prasyarat yang diberikan kepada MIC yang mahu bertanding bagi semua kerusi yang ditandingi parti itu sebelum ini.

Katanya, ini kerana pada realitinya, tidak ada 1 kawasan pun mempunyai majoriti pengundi masyarakat India.

“Saya mahu MIC sediakan calon-calon yang winnable (boleh menang) dan credible (berkredibiliti). Calon itu mesti diterima oleh semua kaum. Kalau MIC mahu menang, ia juga bergantung kepada sokongan kaum lain juga. Tolong beri saya pemimpin yang bagus dan berkredibiliti.

“Di sesetengah tempat, contohnya kawasan parlimen Teluk Kemang, pengundi bukan (sahaja) terdiri daripada anggota parti tetapi (juga) merupakan anggota tentera. Jadi, MIC perlu diterima oleh semua kaum dan bukan hanya golongan India,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau melihat semangat yang ditunjukkan oleh 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan pada perhimpunan kali ini, dan menyifatkan parti itu berada dalam keadaan kukuh.

Kenyataan itu membuat semua kepimpinan tertinggi MIC dan perwakilan berdiri serta memberi tepukan gemuruh kepada Najib.

“MIC sedang melakukan proses perubahan dengan mengikuti langkah yang dimulakan oleh Umno yang mana bakal presiden MIC akan dipilih oleh 42,000 perwakilan dan bukannya 4,000 ketua cawangan seperti dulu,” katanya.

Mengenang tragedi yang menimpa Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa termasuk 2 orang guru pada 14 Sept lalu, Najib memuji keprihatinan yang ditunjukkan oleh Presiden MIC dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta partinya terhadap insiden itu. – Bernama

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd