• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Jepun Bubar Parlimen, Pilihan Raya 22 Oktober

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membubarkan parlimen pada Khamis bagi membolehkan pilihan raya diadakan, lapor agensi berita China Xinhua.

Pilihan raya umum kebangsaan dijadual diadakan pada 22 Oktober manakala kempen parti politik akan bermula pada 10 Oktober.

Pembubaran dibuat sejurus selepas satu sidang luar biasa diadakan di Dewan Rakyat, Abe tidak membuat ucapan dasar, perbahasan mahupun sidang akhbar.

Menurut pemerhati, tindakan itu dilihat untuk menghalang pihak pembangkang mempunyai masa membuat persediaan menghadapi pilihan raya.

Abe pada Isnin dilaporkan berkata, pembubaran parlimen dan mengadakan pilihan raya penting untuk mendapatkan mandat rakyat.

Ia dalam usaha beliau untuk menangani masalah negara seperti program penuaan, penurunan kadar kelahiran dan isu Semenanjung Korea.

Secara teorinya pemimpin Jepun itu berpeluang berkhidmat sehingga 2021 jika beliau berjaya dipilih semula sebagai pemimpin parti tahun depan.

Ini sekali gus menjadikan beliau sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun.

Namun, tinjauan mendapati majoriti pengundi menentang rancangan Abe. – BERNAMA

Tags: jepunShinzo Abe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd