• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Bawa Isu Rohingya Jumpa Trump Di White House

oleh
10/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa isu berkaitan etnik Rohingya kepada perhatian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika pertemuan pada minggu hadapan.

“Ya, saya mungkin akan bawa perkara ini kepada beliau (Trump),” jawab Perdana Menteri ketika ditanya pihak media sekiranya beliau memaklumkan presiden itu berhubung isu Rohingya ditindas rejim Myanmar ketika ini.

Najib pada masa sama mengulangi pendirian rasmi kerajaan Malaysia bahawa hak etnik minoriti Muslim di Myanmar itu perlu diperjuangkan masyarakat antarabangsa dan pihak kerajaan terus komited dalam hal tersebut.

“Ini merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada hari ini,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat komponen parti tersebut di PWTC di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut Najib berkata, isu berkenaan antara topik perbincangan semasa lawatan kerja beliau ke negara tersebut selain bakal membincangkan isu antikeganasan, rundingan bilateral, pelaburan dan keselamatan serantau.

Baca: Tentera Malaysia Laksana Misi Kemanusiaan Rohingya

“Kita mengulangi pendirian kerajaan untuk terus memperjuangkan isu Rohingya yang kita anggap sebagai isu kemanusiaan dan bukannya isu keagamaan. Pendirian BN dalam perkara ini juga malah adalah jelas.

“Ini juga dengan mengambil kira bahawa ada demonstrasi aman yang dilakukan selepas solat Jumaat hari ini mengikut lunas undang-undang, kita akan mengemukakan pendirian kita daripada rakyat,” tegas beliau lagi.

Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington DC atas jemputan rasmi Presiden Trump pada 12 September depan di White House sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan media berkata pertemuan antara dua pemimpin itu adalah untuk mempertingkatkan jalinan diplomatik yang erat Malaysia dan AS sejak enam dekad. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd