Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

2 Nelayan Ditahan Bersama...

KEPALA BATAS: Polis menahan dua nelayan bersama hampir 21 kilogram (kg) dadah jenis...

Ibu `Ajar’ Anak Perlekeh...

SEORANG ibu yang kecewa dengan keangkuhan anak lelakinya, mempunyai cara tersendiri untuk `mengajar'...

Gosip Peluk Islam Buat...

GARA-GARA kesilapan netizen tertentu menyebarnya berita palsu menyatakan dirinya telah memeluk Islam, pelawak...

Petunjuk CCTV Tersebar, Suspek Kini Dicari

BERIKUTAN kejadiaan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku awal pagi Khamis lalu, hari ini satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah tular tersebar luas.

Ia dipercayai daripada CCTV yang terdapat di sekitar pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan secara kebetulan terletak bersebelahan pusat tersebut.

Rakaman CCTV tersebut telah menunjukkan seorang lelaki sedang memanjat pagar pejabat PPIM sebelum dia menyeludup masuk ke dalam kawasan tahfiz berkenaan kira-kira dua jam sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.

Dikatakan bahawa kelibat individu terbabit telah berjaya dirakam pada pukul 3:20 pagi sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.

Melalui laporan daripada portal Harian Metro, siasatan pihak berkuasa tidak menolak kejadian yang berlaku ini berikutan perbuatan khianat.

Individu tersebut juga kelihatan berjaket biru gelap dan kelihatan nombor 88 pada baju yang dipakainya.

Bahkan, seorang lagi suspek kelihatan sedang berlegar-legar dekat bahagian belakang pusat tahfiz dengan bangunan PPIM. Suspek juga telah meninggalkan tempat kejadian 15 minit sebelum bermulanya kebakaran itu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pada sidang media semalam malah tidak menolak kemungkinan kejadian yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan pencerobohan terhadap tahfiz tersebut.

“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi,” katanya.

Selain itu, sebelum ini siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati bahawa punca kebakaran itu bukanlah disebabkan litar pintas seperti yang dikatakan. Litar elektirk pusat tahfiz itu berada dalam keadaan yang baik selepas kejadian itu berlaku.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap.

“Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” kata Pengarahnya, Khirudin Drahman kepada pemberita di lokasi kejadian pada Khamis lalu.


Pihak polis juga sedang meneliti hampir 30 buah CCTV yang terdapat di pejabat PPIM dan berkemungkinan dapat membongkarkan segala petunjuk yang menyebabkan kejadian kebakaran tragis itu.

Tambahnya lagi, kedudukan CCTV yang strategik dekat sekitar pejabat PPIM itu sememangnya dapat merekodkan situasi sebelum dah selepas kejadian kebakaran.

“CCTV ini menampakkan hampir semua sudut pusat tahfiz termasuk Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang bangunan ini.

“Semakan mendapati bermula jam 7 malam hingga 12 tengah hari, terdapat belasan individu berlegar di sekitar taman dan polis sedang menyiasat keberadaan mereka yang boleh dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini,” katanya.

Kebanyakan pihak juga telah mendakwa bahawa kemungkinan kejadian yang berlaku pagi Khamis lalu itu mempunyai kaitan dengan kegiatan PPIM dalam memperjuangkan hak pengguna ditindas.

Pihak PPIM juga tidak menolak sebarang kemungkinan yang berlaku ini dan mungkin ia berunsur khianat serta motif balas dendam.

“Kita masih lagi perlu menunggu petunjuk yang seterusnya motif dendam itu kemungkinan ada dan ianya merupakan satu perkara baru bagi PPIM,” kata Nadzim lagi ketika sidang media semalam.

Setakat ini, biar sahaja pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka dan diharapkan tiada spekulasi melulu daripada pihak luar. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori