• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Kolej Direman 5 Hari Rasuah Sijil Belajar

oleh
01/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berhubung kes rasuah melibatkan pengeluaran sijil kepada puluhan bakal pelajar perubatan untuk tujuan melanjutkan pengajian ke institusi luar negara.

Majistret Nordiana Abd. Aziz mengeluarkan perintah selepas membenarkan permohonan oleh SPRM. Permohonan reman dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman.

Peguam Datuk Ng See Teong yang mewakili pengarah berusia 53 tahun itu semasa ditemui berkata, anak guamnya ditahan di Bandar Pusat Jengka, Maran petang semalam.

Difahamkan, suspek dipercayai meminta bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap pelajar yang ingin memiliki sijil berkenaan dengan melibatkan seramai 20 orang.

See Teong memaklumkan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd