• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Palestin Berhak Tentukan Sendiri Penubuhan Negara”

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa komuniti antarabangsa supaya mematuhi dan menjunjung prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengenakan tindakan yang sama rata kepada Israel serta pihak lain yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, komuniti antarabangsa tidak seharusnya berdiam diri tanpa segan silu terhadap Israel tetapi pada masa sama mengecam rejim lain menerusi pendekatan bersifat diskriminasi.

“Malaysia mengulangi bahawa penduduk Palestin berhak untuk menentukan sendiri penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara,” katanya.

Anifah berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di luar Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York, semalam.

Menteri luar berkata, Malaysia menyanjung usaha yang dilaksanakan oleh negara anggota OIC, terutamanya pelbagai sumbangan yang disalurkan bagi menyokong perjuangan Palestin di bawah Tabung Perpaduan Islam (ISF).

“Sejak 1976 sehingga 2017, jumlah keseluruhan sumbangan bagi menyokong perjuangan Palestin dan rakyatnya telah mencecah lebih US$26 juta. Sesungguhnya ini menggambarkan komitmen dan ketegasan OIC dan negara anggotanya dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anifah berkata Malaysia amat bimbang dengan keganasan sewenang-wenangnya ke atas etnik Rohingya di Negeri Rakhine sejak 25 Ogos 2017, yang mengakibatkan tragedi kehilangan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memuji usaha murni Bangladesh bagi menangani nasib etnik Rohingya. Dalam hubungan ini, saya menggesa semua negara anggota OIC supaya terus menyalurkan bantuan kepada Rohingya,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan Myanmar supaya menghentikan keganasan dan membenarkan laluan segera serta tanpa halangan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan.

Anifah selanjutnya berkata negara anggota OIC perlu sepakat dalam mengutuk tindakan kekerasan dan keganasan yang kejam serta tidak berperikemanusiaan dalam semua bentuk serta manifestasi.

“Kita mesti menafikan mereka perlindungan dan sumber dalam peperangan global terhadap Daesh,” kata Anifah.

Negara anggota OIC juga perlu berusaha untuk menjadikan OIC sebuah pentas bagi menyatupadukan umat Islam dan mengekalkan semangat persaudaraan dan kesepakatan, kata Anifah.

“Sebagai sebuah negara pengasas Pertubuhan ini, Malaysia yakin pada matlatmat murni OIC, dalam menyumbang kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Dalam hubungan ini, kami akan terus melaksanakan peranan kami selaku pemudahcara bagi proses perdamaian di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Menjadi harapan kami agar pembabitan kami dalam menyelesaikan konflik ini akan menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anifah AmanPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd