• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Berhak Tahu Latar Belakang Pengawal

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk di kawasan taman perumahan yang mempunyai kawalan keselamatan berhak menyiasat dan mengetahui latar belakang pengawal keselamatan yang diambil bekerja bagi memastikan keselamatan keluarga dan harta mereka.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia Datuk Mazlan Kesah berkata aspek keselamatan tidak boleh dikompromi.

Beliau berkata demikian pada sesi diskusi panel ‘Pengawal Keselamatan Haram dan Implikasi kepada Keselamatan Negara’, anjuran Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia.

Sesi itu diadakan sempena persidangan dan pameran ‘IFSEC Southeast Asia Annual Security, Fire, Safety’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan berkata pihaknya kini sedang mengumpul data mengenai jumlah taman perumahan di seluruh negara yang mempunyai khidmat pengawal keselamatan bagi tujuan penguatkuasaan dan pemantauan yang lebih ketat.

Sejak 2014, pembaharuan lesen operasi syarikat pembekal khidmat keselamatan adalah di bawah seliaan JPJKK.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Imigresen M. Saravana Kumar yang juga anggota panel pada sesi itu berkata terdapat kira-kira 20,000 pengawal keselamatan warga asing yang sah di negara ini.

Katanya negara sumber pembekal pengawal keselamatan asing yang diiktiraf setakat ini masih lagi dari Nepal walaupun terdapat cadangan untuk membawa masuk pekerja asing dari beberapa negara lain untuk bekerja dalam sektor ini.

Setiausaha Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan dalam pada itu mencadangkan supaya penjenamaan ke atas pekerjaan itu perlu dilakukan bagi memberi lebih ‘maruah’ kepada pekerjaan tersebut.

Katanya selain ia dilihat dapat menarik minat lebih ramai warga tempatan untuk menjadi pengawal keselamatan, ia juga mampu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Beliau berkata pengawal keselamatan juga perlu diberi latihan dan pensijilan bagi meningkatkan perkhidmatan dan profesionalisme mereka supaya setimpal dengan gaji yang diterima. – BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Kesahpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd