EKORAN kontroversi mengenai filem arahan Ahmad Idham Nadzri, Pencuri Hati Mr. Cinderella, kini beliau telah menerima pelbagai hentaman daripada netizen.
Tak termasuk lagi ada yang mempersoalkan poster filem itu yang seakan-akan ‘tangkap muat’, namun Ahmad Idham telah pun menjelaskan sebab utama posternya seperti itu.
Baca: Poster Filem Dikecam, Ini Jawapan Ahmad Idham
Idea poster itu adalah hasil sentuhan ‘old skool’ bagi menggambarkan tentang jalan cerita filem ini 20 tahun lalu. Jadi bila ia ditayangkan pada tahun ini, maka terhasil lah gabungan antara gaya tahun 1998 dengan tahun 2017.
Selepas kecoh tentang kontoversi itu, maka ada satu gambar yang dimuat naik mengenai senarai filem Melayu yang tidak mendapat sambutan sepanjang tahun 2017. Pastilah filem arahannya turut tercalon dalam kategori itu.
Senarai ditunjukkan telah memaparkan filem ini malah menjadi filem yang ketujuh paling rendah jualan kutipan tiket sepanjang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Ahmad Idham sendiri mengakui bahawa filem arahannya ini cuma mampu meraih RM100,000 sahaja walaupun sudah ditayangkan sejak 10 Ogos yang lalu.
Juga: Tak Laku, Salahkan Ekonomi! Lupa ALF2 Kutip RM5 Juta
Selain itu, filem lakonan Janna Nick bertajuk Kerja Kahwin turut tersenarai di tangga yang kelima dalam senarai.
Mungkin kat sini kita boleh katakan bahawa penonton sekarang mahukan filem aksi yang lebih menunjukkan kualiti seperti Abang Long Fadil 2.
Jelas menunjukkan ALF2 berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta walaupun baru lima hari ditayangkan di pawagam dan terkini RM13 juta selepas dua minggu disiarkan.
Penonton sendiri ramai yang lebih menggemari drama atau filem kisah cinta yang diadaptasi daripada novel berbanding filem genre cinta zaman dulu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah