• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kejutkan Rakan-Rakan Tentang Kebakaran

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Seorang pelajar yang menyedari terdapat percikan api menyelamatkan 36 rakannya yang lain dari kebakaran asrama pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Kampung Nerasau, Kota di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata perkara itu disedari Nur Athirah Izzati Shamsul Murfiz, 15, yang tersedar dari tidurnya.

“Pelajar itu tersedar dari tidur dan ternampak percikan api di bahagian siling bilik asrama dan dia segera mengejutkan rakan-rakannya yang lain supaya segera keluar menyelamatkan diri. Para pelajar yang berumur antara 13 hingga 17 tahun turut mengejutkan dua warden wanita asrama mereka.

“Kita kemudian menerima panggilan kecemasan daripada warden pada pukul 1.51 pagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak bomba sempat menyelamatkan satu blok surau dan dewan di bahagian belakang asrama berkenaan.

Turut terdapat dua orang kakitangan dan dua pengawal keselamatan semasa kejadian.

Norazam berkata pihaknya akan membuat siasatan menyeluruh untuk menentukan punca kebakaran termasuk memanggil unit forensik bomba dan unit anjing pengesan.

“Kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk aspek kecuaian, khianat, pendawaian dan sebagainya yang boleh menyebabkan punca kebakaran,” katanya.

Beliau berkata kini kesemua 37 pelajar terbabit ditempatkan di STIAS, Km 35, Jalan Seremban-Tampin.

Pengetua STIAS, Nor Badrulzaman Nordin berkata bangunan asrama tersebut beroperasi sejak 2014 dan menepati aspek keselamatan termasuk terdapat pintu-keluar masuk dan alat pemadam api, malah latihan kebakaran dan taklimat keselamtan sering diadakan.

“Pendawaian bangunan asrama in berada ditahap terbaik,” katanya.

“Kita akan berikan cuti kepada pelajar sehingga waktu yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd